PERKAHWINAN

PERKAHWINAN

Monday, April 23, 2018

PATAH TULANG KAKI KERING (TIBIA SHIN FRACTURE)

Assalammualaikum cerita bermula di kampung ayer paabas melaka

alahai nak berkongsi pengalaman tibia fracture aka patah tulang kaki kering sebelah kiri

aku dimasukkan wad akibat patah kaki rulang kering, kecederaan ini berpunca daripada tackle drp salah seorang sepupuku apabila bermain futsal(selepas edit pad 16.02.2018)

aku dikejarkan ke hospital dan didiagnose muscle injury tetapi apabila aku mula berjalan balik selepas sehari kaki ku berbunyi crack akibat jatuh drp cerun ketika melihat adikku bermain rugby

kembali aku ke hospital :( dan doktor diagnose close fracture at tibia dan aku disimen kaki full leg cast selama sebulan(selepas 3 minggu aku minta buka kembali cast fiber)

selepas cast dibuka aku tidak dapat memijak dan apatah lagi berjalan seperti biasa, selepas cast dibuka sakit dan sengal menyerang kaki sebelah kiri ini

setiap mlam meronta kesakitan, tidak dapat tidur, segala kerja di pejabat sudah ku lupa dan tidak mahu ingat.

selepas 3 minggu kesakitan aku boleh mula bertongkat dan aku gagahi tidak pkai tongkat selepas seminggu bertongkat, dan aku berjalan setapak demi setapak memang nampak kekok tapi aku tidak boleh duduk diam dirumah

jiwa dan mental amat down hanya tuhan tempat aku meminta pertolongan, senyuman anak menjadi pemangkin semangat, bekalan doa isteri dan ibu bapa menjadi kekuatn

sekarang aku masih berjalan setapak demi setapak, hri ini genap 65 hari selepas kejadian kaki retak akibat bermain futsal

mengikut pengalaman orang yang pernah mengalami memang take time paling cepat 120 hari bru boleh berjalan seperti biasa dan paling biasa 180 hari aka 6 bulan

aku tawakal dengan kejadian yang menimpa dengan diri ini, berulang alik appointment dengan DR di melaka

bersambung...

Sunday, September 17, 2017

PENGALAMAN BELAJAR DI UTMSPACE PENANG

Salam semua yang membaca blog lama sy. Hari ni perkongsian pengalaman pertama belajar pjj di utmspace penang

Pembelajran disini amat senang faham kerana pengajar yg mengajar adalah otai dalam bidang masing2😀😎

Tapi sy terpaksa drop beberapa subjek bukan kerana tidak mampu bawa, tetapi lebih kepada masalah time management

Sy ada kerja luar pada sabtu n ahad so tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada utmspace dan saya terpaksa drop satu subjek bagi membolehkan komitmen kpd kedua2 bidang ni dpt diberi pemerhatian

Rugi?????? Bagi saya tidak biar lambat asal selamat, biarlah sy habis lambat asalkan sy tidak berhenti di pertengahan jalan😂😂😂😂😂

Sekian itu sahaja coretan dibawah ini saya sertakan kebaikan belajar di Utmspace penang

Kebaikan
1.tempat kuliah yang selesa
2.management pelajar yg cemerlang
3.lecturer yg berpengalaman khas diterbangkan dari johor(utm skudai)
4.memang mudah faham
5.satu2nya ijazah engineering yg diktiraf oleh BOEM

Tuesday, August 22, 2017

PENGALAMAN BABY TERKENA JANGKITAN PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT

Assalammualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan beragama Islam

sengaja aku upkan status diatas berdasarkan pengalaman aku menjaga anak aku yang terkena penyakit HMFD ni

Dulu sebelum kahwin memang minat sangat menaip tetapi lama-lama terkubur jak minat ni hahaha

so hari ni trpanggil untuk berkongsi pengalaman bagaimana menjaga baby yang terkena penyakit ni

First day
*mula demam sekejap tinggi dan sekejap rendah
*berdasarkan pengalaman lepas2 cuma jerlun dengan air sejuk and daun bunga raya
*keadaan masih lagi aktif

Second day
*demam masih lagi seperti hari pertama
*tidak seaktif hari pertama
*masih lgi jerlun dan mandi jika suhu terlalu panas
*hati dah rasa tak sedap

Third day
*aku apply EL and jaga anak seperti biasa
*demam da tinggi aku terus bawa pergi ke Hospital
*demam 39.7 tinggi
*ruam dan blister da muncul and menjelma dgn banyaknya di mulut,kaki tangan dan badan
*doktor sahkan penyakit HMFD sebab tengok ada blister di tangan,kaki dan mulut

4th day
*masih lagi di hospital demam da kurang
*blister dan bintik merah still ada
*yang paling bahaya yang x nampak iaitu didalam tekak

5day
*masih menunggu nak balik
*da jemu dok hospital tetapi ni yang terbaik sebab dijga dgn rapi
*mahal sikit takpa, duit boleh dicari insyaALLAH jika ada rezeki ada lebih just percaya rezeki datang drp ALLAH



akan aku update lagi by da way ak up sikit gambar2 hospital dan penyakit ni

blister dekat tangan

bilik da macam hotel

bilik harga rm600

dapat masuk sebab da penuh bayar rm200 dapat bilik rm600 vvip

Sunday, March 26, 2017

ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum semua

lama tidak update blog, da berhabuk blog 😮😮😮

just nak update alhamdulillah...

aku dikurniakan seorang anak lelaki yang amat aku sayangi

saat ini pon dia suka kacau ayahnya hahahah

umur baru 10 bulan hehehe

belanja gambar kat bawah ni


Sunday, August 16, 2015

Update Hari Raya dan set kesuburan Shacklee

As salam.. lama tidak menaip just nak update selamat hari raya kepada semua oopps terlambat heheheh banyak kerja yang hendak disiapkan..

firstly nak update hari raya.. hari raya cuti sampai hampir sebulan huhuhu.. ada yang best dan ada yang x best time raya.. yang x best je ak cerita cz mmg ni tempat aku luahkan perasaan hope rakan sekerja x membaca hahahah..

yang x best bila orang tanya bila nak dapat anak???? alahai soalan klise... so jawapan pon klise la ya x...
 aku baru diingatkan oleh seseorang

ALLAH tidak janji jika kita kahwin, kita akan mendapat anak
ALLAH juga tidak janji semua orang bekerja akan kaya

tetapi ALLAH berfirman jika kita jaga perintahNYA,jaga solat nescaya kita akan masuk syurga

thankz bro mengingatkan aku..

so aku just chill and berusaha....

aku dan isteri pergi ke KPJ untuk memeriksa keadaan diri...isteri akan membuat rawatan scope untuk mengenal pasti ada tanda-tanda masalah or x...buat masa ini alhamdulillah ok

dan aku juga berusaha secara alternatif dengan membeli buku dan pergi rawatan islam darussyifa

untuk menerima rawatan dan memagar rumah..

secara alternatif dan secara akademik pon ak buat..nak try set shacklee.. yup memang agak mahal..tetapi kita kena berusaha... dan aku tidak akan pernah berputus asa

sebab aku tahu ada lagi orang yang lebih susah daripada aku...

so aku bersyukur sangat kehadrat tuhan

belanja sikit gambar shacklee


SIAPA BELI SAYA BAGI HARGA SPECIAL

HARGA SPECIAL AKAN DAPAT HUHUHU

Wednesday, June 17, 2015

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1436 hijrah(update PPLV J29)

Assalammualaikum.. lama da tak update blog.. dengar cerita ada 9 orang penolong pegawai latihan vokasional simpanan telah dipanggil.. tahniah diucapkan kepada mereka.. ada diantara mereka adalah sahabat saya.

diam x diam hampir 8 bulan saya bergelar sbg pengajar @ pen.pegawai latihan vokasional.. banyak perkara yang telah saya lalui dalam tempoh tersebut.. alhamdulillah banyak mengajar saya pengalaman ini. dan alhamdulillah rezeki tahun ini dapat juga saya BRIM setelah merayu dua kali dan PM juga telah menaikkan elaun perumahn dan memberi bantuan raya kepada penjawat awam.. saya bersyukur kepada tuhan.

masih lagi menunggu cahaya mata sulung huhuhu.. saya akan terus berusaha dengan isteri untuk mendapatkan cahaya mata.. kami tidak akan sesekali berputus asa.

akhir sekali saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan and harap kita dapat berpuasa penuh tahun ini tanpa ada apa-apa halangan

psst:credit gambar to google and pokok2u.blogspot.com



Wednesday, April 15, 2015

OVERHEAD IAITU TALIAN ATAS

Assalammualaikum da lama x update blog..
Sejak da jadi pengajar, aku da tak da masa untuk update blog hehehe
Blog ni hanyalah suka2 n aku nak ucapkan tahniah kepada calon2 simpanan pplv j29 yang dipanggil untuk masuk..
Untuk hari ini just nak bagi tau yang aku da lepas gian naik tangga sejak pertama kali buat da lama da sejak keja dgn TNB 
Ni time naru nak naik selfie jap

Agak gayat disitu cz da lama x buat overhead training

I believe i can fly hehehe

#psst thankz cikgu azmi n azari cz sudi mengajar