PERKAHWINAN

PERKAHWINAN

Sunday, December 30, 2012

ahad... 30.12.2012...


hari nie just nak kongsi pengalaman kepada sesiapa yang membaca tentang jika mengalami OPEN FRACTURE AT FIBULA AND TIBULA

just kongsi tentang dressing (cuci luka) yang lain t tunggu topik lain k...
memang pedih gler bila dressing tapi ape nak buat...
da kne..ubat????


jangan ditanya amatla banyak 




nie hanyalah separuh je er.....


kaki  ku masa dressing mula2 mcm nie



amacam berani x nak dressing???



sekian terima kasih

Wednesday, December 12, 2012

RABU TANGGAL 12.12.2012

hari nie x de something special pon sebenarnya, saje je nak taip kat blog ni... tarikh nie pon just nampak menarik..

just nak kongsi adab malam pertama kpd korang semua hehehehe dipetik drp penceramah bebas ustadz azhar idrus


Adab Malam Pertama (◕‿◕)

1. Suami beri salam bila masuk bilik yang dalamnya Isterinya...

2. Kedua Suami Isteri melakukan Solat Sunat Syukur...

3. Memegang ubun-ubun Isteri dan membaca Doa... Seumpama:
"Allahumma Inni As-Aluka Min Khairiha, Wa A-'Uzubika Min Syarriha..." (Ya Allah, Sesungguhnya Aku Memohon Dari Kebaikannya, Dan Lindungilah Aku Dari Kejahatannya...)

4. Menyuruh Isteri mengucap Dua Kalimah Syahadah; Bertanyakan apakah dia Rukun Iman, Islam dan sumpamanya...

5. Membaca Doa Jimak, Seumpama:
"Allahumma Jannibnasy Syaitan, Wajinnibisy Syaitana Ma Rozaqtana..." (Ya Allah, Jauhkanlah Kami Dari Syaitan Dan Jauhkanlah Dari Syaitan Apa Yang Akan Engkau Kurniakan Kepada kami...)

6. Tuuttt... (^_^)v


Tuesday, December 11, 2012

SURPRISE PRESENT FOR SPECIAL DEAR

for the first time beli hadiah banyak2 huhuh da macam beli hantaran.. mak angkat (sepupu) cakap da bley simpan hadiah 2 buat hantaran ko kan kedekut huhuhu..


ala hadiah 2 x seberapa kalau dibandingkan dengan pengorbanan dan kasih sayang serta ambil berat dia terhadap diriku.. aku bknla seorang lelaki yg mudah lafaz kata2 sayang terhadap perempuan bukan muhrim.


x payah nak cakap betapa sayang or betapa banyak pengorbanan si dia... cz x muat page blog nie nak menceritakan si dia...nak bg dia BERDEBAR2 TENTANG HADIAH yg ingin ku berikan...



NI LA HADIAH NYE CIK DEERA


dalam 2 pikir2 la er...xnak bg tau huhuhuhu...n org nye si dia..abg doakan 

  • semoga jodoh kita diperkuatkan
  • semoga deera dapat kejayaan yg diimpikan
  • semoga diberi kelapangan menjawab test dan presentation
  • semoga dipermudahkan segala urusan
  • semoga deera diberi kesihatan dan kekuatn


NIE GAMBAR PALING CANTIK

Friday, November 30, 2012

BERHATI-HATI

: sekadar peringatan bersama.. copy paste from others.. =)

AWAS... (BEWARE)!! 

Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang seorg kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?


Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih.

Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu."

Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia.

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k.

Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream. .?

~berhati2 lah semua...buat baik b'pada2~

Thursday, November 29, 2012

KERETA DAN MOTOR MAMPU MILIK

ASSALAMMUALAIKUM....
 hari nie nak post tentang kereta dan motor mampu milikku...sekarang keadaan aku memang agak sakai dan x terurus disebabkan keadaan aku...memang ley jalan sikit2 tapi aku xnak memaksa keadaan kakiku...
mula2 ingat macam semakin lenguh tapi dalam pada masa yg sama semakin kuat...aku x pasti..


Berbalik kepada tajuk..motorsikal nie aku target dalam 2 tahun aku akn miliki..tapi dalam 2 tahun gak nak simpan cz aku nak kahwin...aku memang patut kawin cz da x dapat kawal nafsu dengan puasa sekalipun
so kene kawin sebelum buat bende yg bukan2.. dibawah ni motor kegemran aku..
hah 2 dia motornya...KAWASAKI 150 RR


Kereta pula aku dah ada tapi aku nak bg parent pakai kete 2...aku lak nak beli kereta baru yg aku nak pakai..teringin nak memiliki sejak sekian lama iaitu ada di bawah



2 la keretanya.. dua2 aku search gambar kat mudah heheheh..best tgok...


sekian terima kasih

Saturday, November 24, 2012

OPERATION

SALAM 1MALAYSIA

da lama gak x berblog..cz masalah kesihatan n masalah peribadi... 

hari isnin nanti kena pergi fisioterapi




pas2 maybe bulan hadapan buat pembedahan keluarkan plate huhuhu



memang menakutkan tapi kena gak buat



hope semua selamat dilakukan.....

Saturday, September 29, 2012

MENYAMPAIKAN SALAM

Berdasarkan pengamatan, 97% muslim apabila terdapat orang yang menyampaikan salam kepadanya, mereka akan menjawab...
"WA'ALAIKUMUSSALAM."
Ok...nampk macam xde masalah kan? Tertanya-tanya apa masalahnya kan? Ya...memang terdapat sedikit masalah...;p

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (Org tengah), maka jawapan yg diberi kepada orang yg berkirim salam itu bukannya, 'Waalaikumussalam'..tetapi.........
'WA'ALAIKA WA'ALAIHISSALAM'

Sebab apa????Sebagai contoh :
Fahmi suruh Faiz kirim salam kat Farid...
Farid jawab "Wa'alaikumussalam"..

Sedangkan :
Wa'alaikumussalam = Dan selamat sejahtera ke atas KAMU..jadi, salam Fahmi kepada Farid tak terjawab kan?Sebab Farid doakan salam itu kepada Faiz..SEDANGKAN FAIZ ITU ORANG TENGAH....

Manakala :
Wa'alaika Wa'alaihissalam = Dan kepada KAMU dan kepada DIA juga selamat sejahtera..
Maka dengan itu, salamnya terjawab....


Indahnya Islam...Subhanallah..;-)

Note: Hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab salam itu wajib..jadi kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM SEMPURNA MENJAWAB salam tersebut..;P

Friday, September 28, 2012

LIVERPOOL VS NORWICH


EPL 12/13 Norwirch vs Liverpool - Pemain Pilihan?

Pasukan kesayangan kita semua masih lagi gagal mencatat sebarang kemenangan dlm perlawanan liga EPL.

Bagi aku kita masih lagi berada dlm landasan yg betul.
 Lagipun walaupun kita berada dalam top 3 bawah, perbezaan mata utk naik ke mid table liga tue adalah 3 mata je kot. Menang game nie, aku rasa pemain akan lebih bersemangat.

Nie formation aku utk game nih:-



Goalkeeper : Memang dah xder orang lain, Reina je. Brad Jones kalau utk backup boleh la. Kita masih lagi memerlukan gerak refleks Reina serta ball distribution yg baik dari Reina.

Defender: Dengan Kelly injured 6 bulan hingga 9 bulan, aku rasa Glen Johnson boleh la kembali ke posisi asal,
bek kanan. Enrique pulak bleh main posisi bek kiri. Lain la kalau Rodgers pikir performance Enrique dh menurun, boleh la die letak Downing atau Jack Robinson. Bek tengah bagi aku Srktel ngan Coates paling OK. Agger dengar kata boleh main tapi dengan rekodnya yg senang nk injured, jgn la bagi main. Carragher pun OK tapi bagi peluang kat Coates lagi afdal.

Midfielder : Jonjo kad merah, Sahin plak perform time lawan West Brom maka secara automatik aku rasa letak Sahin berpasangan ngn Joe Allen kat tengah. Stevie main advance belakang Striker. Kalau 2nd half Rodgers nak masukkan Suso lagi baik.

Attacking/Striker:
Aku cukup tertarik dengan performance Assaidi ketika lawan West Brom. Cukup tricky, ada pace dan passing dia juga mantap.Selain tue, kalau ada peluang nak shoot gol, die shoot xde malu2. So, gandingan Assaidi-Suarez-Sterling adalah gandingan yg ideal.



BAJET 2013 INTIPATI PENTING

Berikut merupakan intipati Penting Mengenai Bajet-2013

*Bonus Kakitangan Awam-1 bulan setengah gaji-Sebelum Aidilfitri, Disember dan Januari.

*Rebat RM 200 pembelian HP 3G untuk gaji bawah RM 3000 (Umur-21-30 tahun).

*BR1M diteruskan-RM 500 diteruskan.

*Bantuan persekolahan RM 100 diteruskan.



*Baucar Buku RM250-Sebelum ini RM 200.



*BR1M RM250 bagi golongan muda bujang 21 tahun ke atas.



*Pencen minima naik kepada RM 820 mulai 1 Januari 2013.



*Insentif pesara kerajaan RM 500 (Bayar pada Disember).



*Bakal2 haji yang mencarum dalam KWSP, boleh keluarkan simpanan mereka daripada Akaun tersebut untuk tampung kos kerja haji.



*Skim Rumah Pertamaku, had pendapatan dinaikkan kepada RM5 ribu.



*Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan.

#Baik & buruk Bajet 2013, anda nilai la sendiri. Nilai dengan matang berdasarkan pelbagai aspek. Bukan nilai dengan emosi & taksub semata-mata. Mungkin terdapat segelintir yg beranggapan bahawa bajet 2013 merupakan bajet pilihanraya, tetapi apa yg penting bajet 2013 merupakan proses penstrukturan semula pendapatan & perbelanjaan negara untuk jangka masa yang panjang..;-)

Thursday, September 20, 2012

AYAT DARI MULUT GURL YG BOY KNE FHAM


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.


TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

RAHSIA MINUMAN KEGEMARAN


LATTE
Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan.
Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI
Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-samasi dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!

TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!

MOCHA
Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuandalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS
Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.

AYAT TERSIRAT PEREMPUAN


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? 
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. 

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok. 

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. 
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 

FAKTA TENTANG LELAKI


• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..

betul x??

personaliti MANUSIA


Personaliti Jenis A – Orang dalam kategori ini sangat bebas dan boleh bergerak dengan sendiri untuk bekerja. Biasanya mereka ini adalah pemimpin dalam organisasi atau perniagaan. Selain itu mereka lebih suka berterus-terang, berani, suka bersaing dan tidak melakukan sesuatu tanpa mengetahui hasil yang akan diperolehi. Mereka ini juga mempunyai semangat keusahawanan (mengambil risiko) yang tinggi. Mereka sering cuba mendapatkan penyelesaian praktikal kepada permasalahan.

Personaliti Jenis B – Mewakili mereka yang suka menonjol dan menjadi perhatian orang lain. Mereka lebih berkarisma dan ramai orang suka berada dengan mereka. Mereka ini biasanya berada dalam bidang pemasaran dan promosi. Mereka mudah menghiburkan orang lain dengan tingkah laku dan perbualan mereka yang menyebabkan kita memberi perhatian. Hampir semua artis tergolong dalam golongan ini. Namun mereka juga mudah tersinggung jika mereka tidak dapat menarik perhatian orang.

Personaliti Jenis C – Mereka yang dalam golongan ini adalah bertentangan sepenuhnya dengan personaliti Jenis B. Mereka ini lebih pemalu. Mereka lebih berminat untuk berkerja kerja-kerja yang terperinci dan memerlukan penelitian. Kebanyakkan mereka ini bekerja sebagai akauntan, programmers atau jurutera. Mereka sering menghadapi masalah berkomunikasi dengan orang lain, namun mereka mahir bekerja dengan mesin dan robot.

Personaliti Jenis D – Personaliti terakhir ini mewakili mereka yang tidak suka pada sebarang perubahan. Mereka ini banyak berdiam dari berkata-kata. Mereka tidak sukakan risiko, tanggungjawab dan cabaran. Mereka lebih suka diarahkan oleh orang lain untuk bekerja. Mereka hampir tidak akan mengambil sebarang risiko. Mereka ini biasanya bekerja sebagai kerani atau buruh am.

Namun adalah tidak pelik jika anda pernah berjumpa yang selain dari ini. Ya, memang ada. Ada yang berkongsi jenis personaliti. Samada A-B atau C-D.

Namun pengkategorian ini membuktikan kepada kita kenapa sesetengah orang boleh bekerja bersama dan sesetengah yang lain pula tidak sesari.

Contohnya, cuba bayangkan dua orang kawan yang baru kenal sesama sendiri. Satu daripadanya adalah jenis personaliti A dan seorang lain personaliti D. Sudah tentu mereka akan menghadapi masalah untuk melakukan apa-apa aktiviti. Ini disebabkan seorang antara mereka berani mengambil risiko manakala seorang lagi lebih selesa untuk duduk diam.

Terdapat juga masalah antara personaliti B dan C. Ini adalah kerana salah seorang daripada mereka sukakan perhatian umum manakala seorang lagi adalah orang yang pemalu.

Biasanya personaliti Jenis A lebih mudah berdampingan dengan personaliti jenis B . Manakala personaliti C lebih mudah berdampingan dengan personaliti D.

Anda personaliti jenis yang mana satu ?

Sekian, terima kasih


TIPS MENCARI SUAMI


1. Yang berkemampuan. Si lelaki itu mesti berkemampuan. pedooh(tipu) kalau korang kata leh hidup jika si mamat tu tak berkemampuan. korang nak makan, gerak, beli barang, guna duit ape? duit saidina? duit jutaria? duit monopoly?hahahhaa so, cari yg bekerja.

2. Lelaki yang boleh menggantikan tugas sebagai ayah dan ibu anda. Kerana jika perempuan ni, bila dah kawin, suamila amik tugas ayah bonda anda. jadi, make sure, si mamat tu, boleh menggalas tugas tersebut. jika kawin sekadar mcm nak kapel, tp tiada rasa tanggung jawab, go to helicoptee la...

4. Pandai dalam urus rumah tangga. focus kepada mereka yang pandai menolong anda ketika di rumah. contohnya, basuh pinggan, tolong masak, jemur kain dan sebagainya... hal ini penting tau! sbb zaman dulu, ye la laki hanya kuar cari duit. zaman skrg, dah lain. kebanyakkan suami isteri keluar mencari rezki. jadi masing2 letih bila balik. jadi, perlula berganding bahu. tapi ini tak bermakna si suami kena buat lebih dari isteri. tugas isteri masih utama dirumah. kerja diluar adalah no 2. jika kerana kerja ke2 menyebabkan isteri memberi alasan yang letih atau terabai kerja pertama, lebih eloklah anda,sbgi isteri, memuhasabahkan diri anda segera.

5. Yang ini yang paling penting dalam mana hubungan. PERCAYA PADA ISTERI. tidak mudah bersangka buruk. Suami yang meninggalkan isteri di rumah, utk keluar mencari rezki, tidak boleh sama skali bersangka buruk pada isteri yang letih buat kerja dirumah. ko dah kuar, ko nak tuduh mcm2 kat bini. apa ko rasa, kalau ko keluar mencari rezki letih2, last2 ko dituduh main kayu dua? bengang tak? begitu jg dgn kaum isteri. jadi anda perlula mencari lelaki yang tidak mudah bersangka buruk pada anda. anda pun, jgn la bersangka buruk pada suami anda. lebih2 lagi jika ada dikalangan rakan anda kena 'bam' dgn lelaki. terus menyalahkan semua lelaki dalam hal ni. masing2 ada salahnya... jd tak perlu kita salahkan semua. salahkan pd mereka yang buat saja sudah la. tidak adil jika anda menyalahkan semua jika kesalahan itu hanya kerana seorang. ibarat kerana kerbau berlumpur, habis terpalit sekumpulannya.. attoooiiiiiiiiii dalam tidak sedar, anda menyalahkan ciptaan dan takdir Allah. lu pk la sndr!


6. Ciri suami yang anda perlu cari adalah RAJIN, POSITIF THINKING, dan TIDAK MEMAKAN HARTA PEREMPUAN. apa? igt perempuan je ada pisau cukur? laki pun ada la.... laki mcm ni, yang hanya bergantung pada isteri inilah tidak patut dijadikan suami. sbb pemalas! tak inginkan kemajuan! jika si isteri membenarkan pd suami utk mengguna duit isteri, alhamdulillah, isteri akan dapat pahalan besar. tp si suami kenala anda mata pencarian sndr jg.


7. Mudah memaafkan. sedangkan lidah lagi tergigit. apa pula suami isteri yang tggl sebumbung. ;o) pergaduhan tu mesti terjadi. kadang2 pasal hal kecik jer. tp leh gaduh. sbnrnya gaduh tu la yg buat hubungan jadi erat. cuma jgn diulang selalu kesalahan itu. buat salah, mintak maaf. buat salah, mintak maaf. lama2 laki akan jadi bosan. sbb dah mintak maaf, tapi buat lagi. dahla mintak maaf macam tu jer. mintak maaf ni, kena la ada susulan. barulah menjadi. nak aku cite pasal manusia dan paku ker? lain kali jer la... hehehe

8. dan terakhir skali, si mamat tu mestila datang dari keluarga yang baik2. bukan dari bangsawan ya.itu  cite kassim selamat. tak kisahla si mamat tu gaji kecik ke besar, make sure dia dari golongan yang baik2. kerana keluarga yang baik, akan melahirkan golongan yang baik. eh, iman tak dpt diwarisi la... eh ada jg org ckp mcm ni ek? org leh beta dgn aku, alaaaaa ayah dia pak imam, anak dia buka sana sini. sorry to say, pak imam tu salah ajar la kalau mcm tu. pak imam tu takde ilmu kekeluargaan.  ;o) lu pk la sndr ;o)


LIRIK LAGU HYPERACT HARAPAN

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

UNTUK CIK D

teNTANG WANITA



Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan wujud tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fizikalnya sebagai seorang wanita ?

-Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk mengandung dan melhirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka  pada wanita dilengkapkan dengan sifat-sifat penyayang dan pelindung.Sifat-sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada sifat-sifat sensitiviti terhadap ahlinya sehingga seorang wanita selalu lebih tampil dengan sifat-sifat emosionalnya seolah olah wanita selalu dikatakan tidak berfikiran rasional.
-Seorang wanita yang faham tentang  di atas sudah tentu redha dirinya diperhatikan oleh pasangannya agar hidupnya tidak terjerumus kepada hal yang memudaratkan.

TIPS BERTEMU BAKAL IBU MERTUA

1. Kenali siapa bakal ibu mertua anda itu :
-Bertanyakan dengan buah hati mengenai bakal ibu mertua anda itu. Apa yang mereka suka dan tidak suka. Ketahuilah jenis perangai mereka.

2. Cuba telefon dulu :
-Beranikan diri untuk berkenal-kenalan terlebih dahulu.

3. Tepati masa :
-Ini penting kerana ini akan menentukan sikap anda yang sebenarnya.

4. Jaga pemakaian :
-Jangan berlebih-lebih dan berkurang-kurang dalam berpakaian dan bersolek. Jadilah diri anda sendiri.

5. Jaga adab sopan :
-Bersalam , tersenyum dan menggunakan suara yang rendah.

KATA-KATA HIKMAH


  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
  • Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
  • Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 
  • Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
  • Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.


Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.



Wednesday, September 19, 2012

LAWAK


Harga Sebentuk Cincin

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

LAWAK KE DER


Di sebuah taman, sepasang kekasih sedang berbisik-bisik:

 Lelaki: "Sayang, apa yang paling kamu dambakan?"

Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata: "Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat."

Lelaki: "Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?"

Wanita: "Paris, London dan New York."

CERITA LUCU


Suami yang Miskin


Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.

 Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"

 Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."

Isteri: "Apa yang kamu katakan?"

Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."

 Isteri: "#$*@#!?

BERADA DI ATAS JAMBATAN


nie mase ak kat PUTRAJAYA...saje mengimbau masa dulu2...harap my dear sudi2 la tgok blog saya....masa nie tembam ag....skunk da lps eksiden da mula susut....just inginkan kmbali khidupan lama huhuhu....

TIPS PENJAGAAN KERETA


TIPS PENJAGAAN KERETA

Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar
Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah
Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol padakenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.